Product & Service

;Pihak Syarikat Juga Menyediakan Perkhidmatan Untuk Proses Perawatan pokok Gaharu.
Proses Perawatan Bagi Menghasilkan Gaharu

a.      Teknologi  Inokulasi

Inokulation adalah satu proses yang melibatkan kerja terancang menebuk lubang pada batang pokok gaharu.Penebukan lubang perlu dijalankan dengan teliti dengan mengambil kira diameter pokok yang akan di inokulasi.Kemudian mikroorganisma yang akan menyakitkan pokok gaharu akan di masukkan ke dalam tebukan tadi. Pokok akan mengalami serangan dari mikroorganisma dan perlu mempertahankan diri. Tanpa organ seperti haiwan, pokok mempertahankan dirinya dengan mengeluarkan resin sebagai system mempertahankan dirinya. Dengan cara ini resin akan terbentuk secara teratur di setiap tebukan lubang sepanjang batang dan dahan pokok.

Beberapa jenis mikroorganisma boleh digunakan sebagai bahan asas inokulasi. Salah satu spesis yang popular adalah daripada keluarga Fusarium. Dengan menggunakan teknologi inokulasi ini lazimnya teras yang terhasil adalah diantara 1kg sehingga 3 kg teras/pokok dan tempoh matang adalah 2 tahun.

b.      Teknologi  Inducement

Inducement ialah proses yang serupa seperti proses inokulasi di atas, yang membezakan hanyalah bahan yang digunakan adalah sejenis serum makanan pokok dan bukan mikroorganisma. Berbeza dari inokulasi, inducement memerlukan kawalan penebukan lubang yang berlainan berbanding inokulasi. Serum ternyata lebih kuat dan lebih cepat menghasilkan resin berbanding inokulasi mikroorganisma.
Teknik inokulasi ini tidak bertujuan untuk menyakitkan pokok tetapi ia menggalakkan pokok gaharu mengeluarkan resin secara semulajadi dalam kuantiti yang banyak. Dengan teknologi ini teras yang terhasil adalah lebih banyak berbanding inokulasi iaitu dalam lingkungan diantara 2kg sehingga 8 kg teras/pokok dan tempoh matang adalah 1 tahun 6 bulan.

CARA PROSES PERAWATAN DIJALANKAN.

 

 
    



PENJANAAN RESIN YANG BERLAKU SELEPAS PROSES PERAWATAN DIJALANKAN.