PEMBENTUKKAN TERAS GAHARU

TERAS TERBENTUK





PENGELUARAN RESIN SELEPAS PROSES INOKULASI







Teras gaharu terbentuk apabila pokok gaharu mengeluarkan antibodi iaitu resin bagi mengelakkan pokok gaharu tersebut mati. Resin tersebut akan mengeras di dalam jalinan urat kayu maka ia membentuk resin yang tepu @ lebih dikenali di Malaysia sebagai teras gaharu. Resin gaharu tidak seperti resin pokok-pokok lain yang mengalir barulah ia mengeras, resin pokok gaharu menampung kecederaan @ jangikatan kulat dan ianya terus mengeras di dalam batang pokok gaharu.

1.Teras gaharu semulajadi di hutan hanya terbentuk jika pokok tersebut sakit (dahan patah @ terkena serangan kulat)
2.Secara umumnya pokok gaharu yang sihat tidak akan membentuk resin.
3.Pokok gaharu yang ditanam secara perladangan @ komersial perlu menjalani proses inokulasi @ inducement bagi menggalakkan dan mempercepatkan pengeluaran resin resin (Dengan menyuntik mikroorganisma @ serum kedalam pokok.)
4.Pokok gaharu yang ditanam secara perladangan @ komersial boleh di inokulasi apabila ukurlilitnya mencapai 8 inci @ berusia 4 – 5 tahun.
5.Pokok berusia 3tahun yang diinokulasi @ diinduce dan ditebang selepas 6 bulan tidak menghasilkan teras tetapi akan menghasilkan jalinan urat resin yang banyak (lebih dikenali sebagai kayu belang harimau @ kayu untuk di masak minyak).
6.Semakin lama tempoh yang diambil selepas inokulasi @ inducement maka semakin tinggi kadar pertumbuhan resin tepu (teras) di dalam batang pokok gaharu.
7.Pokok gaharu yang di tanam secara komersial di Kemboja & Thailand, pokok berusia 4 tahun yang diinokulasi dan dibiarkan selama 2-3tahun boleh menghasilkan 2-3.5kg teras/pokok.

This entry was posted in