Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan resin gaharu, antaranya adalah kita boleh menggunakan mikrob,fungus atau bakteria, TETAPI didalam industri gaharu diMalaysia ada virus yang lebih merbahaya,virus yang bisa merosakkan dan menghancurkan setiap industri sekiranya dibiarkan berleluasa.
Diantara virus-virus tersebut adalah:
- Kemunculan syarikat ala-ala MLM yang menjanjikan pulangan diluar jangkaan untuk gaharu ladang sehingga menggapai bintang, takut bintang tak capai tersungkur diatas tahi ayam.
- Kemunculan surat berantai MLM bernilai tinggi, iaitu pokok gaharu ditanam di atas kertas semata-semata"PELABURAN ALAM GHAIB",bahayanya pelaburan alam ghaib ini adalah apabila ketua-ketua jin bersedia untuk beradu dan berpesta, pintu alam ghaib akan di'TUTUP", MAKANYA LENYAPLAH segala "HARTA-HARTA" yang bersalut "EMAS".
Jangan meletakkan diri anda sebagai sasaran yang terdedah untuk "dicederakan". "innocent faces" selalu mudah terjerat dengan permainan ini.
mari bercerita tentang realiti berdasarkan kiraan mudah sama ada hasilan untuk karas ladang ini menjadi "JUTAWAN" atau" TIDAK KETAHUAN".
Satu ekar boleh menanam 1000 batang pokok, mengikut tempoh matang pokok selepas inokulasi dan bergantung pada kematangan resin. Harga sebatang pokok berpermit RM20.00/pokok x 1000 pokok = RM 20 000.00.
Pembajaan RM 2.00/pokok x 1000 pokok x 6 tahun = RM 12 000.00. Kos injek (upah) RM 150.00/pokok (tertinggi untuk pokok ladang) x 1000 = RM 150,000.00 dan JANGAN LUPA KOS-KOS LAIN SELEPAS INJEK,kos (TEBANG + ANGKUT ) RM 15.00/pokok x 1000 pokok =
RM 15 000.00 + LARIK(SEBATANG POKOK)* kiraan mudah* RM 50/pokok x 1000 pokok =
RM 50 000.00.
Oleh itu kos keseluruhan sepanjang 6 tahun termasuk sehingga penghasilan resin siap adalah sebanyak =
RM 247 000.00 (yang mana lebih tinggi berdasarkan situasi semasa). Ini adalah KOS..... dan sekarang mari kita tengok hasil pula, mulakan dengan mengambil harga terendah RM 800/kg x 2.5 kg (rekod peribadi REDCLAW) x 1000 pokok = RM 2 000 000.00 (kiraan berdasarkan harga semasa yang mana boleh berubah bila-bila masa). Jumlah tersebut adalah hasil kasar.
SEKARANG UNTUK KIRAAN UNTUK HASIL BERSIH!!!
HASIL KASAR - KOS = HASIL BERSIH
RM 2 000 000.00 - RM 247 000.00 = RM 1 753 000.00# HASIL SEBENAR!!!
Oleh itu, untuk terma "JUTAWAN" memang menghasilkan jumlah yang juta" wan" daripada ribu"an".
Pengiraan diatas adalah garis panduan sahaja untuk menjelaskan logik..
Untuk pokok ladang, hasilan RIBU2AN untuk sebatang pokok sehingga jumlah yang tidak masuk akan itu adalah hampir mustahil melainkan pokok tersebut diinject dengan emas atau permata.
INGAT!!!!! ini adalah POKOK LADANG!!!!!
Mari bersama kita berkempen!!!!
INGAT!!!!!!
JANGAN BIARKAN MEREKA MEROSAKKAN INDUSTRI INI!!!!!!
REALITI ADALAH REALITI, BELAJAR DARIPADA KESILAPAN LALU!!!!
BERSAMA HASILKAN RESIN GAHARU, JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TERGARU-GARU,
KALAU TAK TAHU JANGAN MALU-MALU,
DATANGLAH KEMARI UNTUK BERGURU .
ILMU ADA PERLU DICARI,JANGANLAH SAMPAI MEROSAK DIRI,
HIDUP MESTILAH PANDAI BERDIKARI ,
SUPAYA TIDAK LUPAKAN DIRI.
Post a Comment