BAJA PENANAMAN( PLANTING) |
(Baja penanaman boleh mula digunakan satu
bulan selepas penanaman dijalankan sehingga pokok berusia satu tahun. Kandungan
NPK yang sekata akan menguatkan
dan menggalakkan pertumbuhan akar pokok. Kandungan baja organic dapat
mengekalkan kesuburan tanah. Diperingkat awal penanaman pokok memerlukan kadar
baja NPK yang mencukupi dan
kandungan organic yang secukupnya mampu menstabilkan struktur tanah.)
BAJA PEMBESARAN( GROWTH) |
This fertilizer will be applied after
one year two month up to three years ten months. This particular fertilizers
will supply enough nutrients to the tree for faster growing and strengthen the trunk of Agarwood tree.
(Baja pembesaran boleh mula digunakan pada usia pokok satu tahun sehingga empat bulan sebelum pokok karas tersebut menjalani proses perawatan. Pada usia ini pembajaan NPK yang sekata dan penggunaan trace element (TE) perlu digunakan. TE yang digunakan adalah bertujuan untuk menguatkan struktur daun pokok dan ia juga akan mempercepatkan tumbesaran batang pokok. TE yang digunakan ini akan menambahkan dan memperbaiki kadar penghasilan klorofil pada daun pokok. Hal ini kerana kandungan klorofil adalah sangat penting pada pokok semasa proses fotosintesis berlaku. Proses fotosintesis yang cepat dan berkualiti akan mempercepatkan pertumbuhan pokok)
BAJA RESIN |
(Baja resin ini boleh mula digunakan dua
bulan sebelum pokok mula menjalani proses perawatan (inducement/inoculation)
sehingga pokok hendak dituai. . Pada usia ini pembajaan NPK
yang sekata dan penggunaan trace element (TE) perlu digunakan. TE yang digunakan
adalah bertujuan untuk meningkatkan kadar pengeluaran minyak dalam pokok dan
membantu pokok menghantar kandungan gula (glukosa, fruktosa & laktosa)
keseluruh bahagian pokok dengan lebih baik. Sistem penghantaran makanan yang
baik ini akan dapat menguatkan antibody pokok dengan membekalkan kandungan
minyak yang secukupnya tanpa menyebabkan pokok memperbaiki (regrowth) semula
bahagian yang telah dilukakan semasa proses perawatan dijalankan.)
Post a Comment