REDCLAW- THE MAGNIFICENT RESULT OF PJ5 ( BAMBOO STICKS & DIRECT INDUCE)



PJ5 adalah induser penggalak penghasilan resin bagi pokok karas daripada spesis A.Malaccencis dan A.Crassna yang telah terbukti berhasil berdasarkan daripada rekod R&D yang telah dijalankan oleh pihak syarikat Redclaw. Terdapat 2 bentuk induser dimana hanya satu sahaja yang kini berada dipasaran iaitu dalam bentuk produk DIY(Do It Yourself)- Bamboo Stick Inducer.
Produk ini menghasilkan resin yang berbentuk alami dalam tempoh masa 14 sehingga 18 bulan daripada tempoh inokulasi.
Resin yang terhasil daripada penggunaan Bamboo Stick Induser ini mempunyai bentuk seakan2 bentuk resin yang terhasil secara semulajadi dan padat. Tempoh penghasilan juga bergantung pada faktor- faktor lain selain daripada masa. Resin disebelah kanan terhasil hanya dalam tempoh 10 bulan dan menepati ciri- ciri resin yang berkualiti tinggi yang diterima pasaran iaitu ciri -ciri daripada segi visual iaitu warna dan juga bau yang dihasilkan. Walaubagaimanapun resin ini adalah resin yang terhasil daripada R&D untuk pokok spesis
tempatan yang ditanam untuk tujuan komersil. Resin disebelah kiri ini adalah resin yang terhasil daripada formula yang sama dan pokok karas ini juga adalah daripada spesis tempatan, yang berbezacuma kaedah penggunaan dimana resin ini terhasil daripada penggunaan induser didalam bentuk ceair. Kesan penghasilan yang sama cuma bentuk penghasilan yang berbeza. Induser dalam bentuk cecair tidak dijual dipasaran dan hanya akan digunakan oleh "service team " Redclaw sahaja.

This entry was posted in