REDCLAW-INOVASI DAN APLIKASI



Di Malaysia seringkali diceritakan mengenai MALAYSIAN BRAND, apa sahaja mesti menggunakan MALAYSIAN BRAND, akhirnya muncullah pelbagai INOVASI baru.
Lain pula situasinya inovasi didalam industri gaharu “ cultivated” bagi yang memfokus kepada industri hiliran, inovasinya adalah kepelbagaian produk.
Bagi industri resin dan minyak pula adalah kepelbagaian gred resin dan minyak yang mana2 satu masih belum dapat dipasarkan. Ini adalah kerana terlalu banyak INOVASINYA produk untuk menghasilkan resin dan minyak seperti yang didakwa bermutu dan berkualiti tinggi yang kini telah NYATA sekali gagal.
PRODUK apa yang dimaksudkan? Hanya pengguna sahaja yang tahu.
KENAPA GAGAL? Ada diantara produk INOVASI itu sendiri sebenarnya masih belum terbukti keberhasilannya tetapi telah diwar2kan kehebatannya seolah ianya telah terhasil sebagai bukti yang konkrit didepan mata. Rata-rata ini semua adalah apa yang berlaku sepanjang KEBELAKANGAN ini.
Ramai yang bercerita seolah2 pakar didunia maya tetapi hasilnya langsung tiada, itulah TREND di MALAYSIA, ‘indah khabar daripada rupa”
Crassna, adalah spesis yang BUKAN ENDEMIK negara kita, yang mana asalnya daripada Thailand, mempunyai kadar tumbesaran yang cepat berbanding spesis Endemik negara kita iaitu spesis MALACCENCIS.
Oleh kerana demam karas telah melanda Malaysia kebelakangan ini iaitu ‘DEMAM CRASSNA” atau lebih senang disebut CRASSNA SIMPTOM MANIA(CSM) telah mewujudkan kepelbagaian inovasi formula bagi menghasilkan resin pada spesis tersebut.
Maka muncullah kepelbagaian inovasi berdasarkan kreativiti tetapi tidak mempunyai bukti. Sebenarnya teknologi penghasilan resin yang berasal daripada THAILAND yang berasaskan fusarium/mikrob amatlah tidak sesuai digunakan dinegara kita, dan ia juga menyalahi undang negara kita kerana fusarium daripada luar dibawa masuk dan disebarkan pula pada pokok karas tempatan kita, ini akan menyebabkan kerosakan mungkin kepada industri kita yang menjadi komoditi kepada negara.
Ini adalah kerana untuk mengimport sahaja tumbuhan atau apa sahaja benda hidup perlu melalui proses2 tertentu untuk membasmi kuman/fungus daripada merebak dan membawa wabak baru kepada negara kita. Itulah yang telah menyebabkan kegagalan kali pertama pokok karas di Malaysia.
Bagi yang membawa teknologi berasaskan nutrient pula, tetap juga mengalami kegagalan pada waktu itu dan ini adalah penjelasan yang telah dikaji kenapa di negara asal teknologi tersebut dihasilkan mampu memberikan hasil yang baik dan kenapa ia gagal di Malaysia.

Antara sebab2nya ialah:

1.      Teknologi yang dibawa masuk tidak diuji  dahulu keberkesanannya sebelum dijual kepada umum.
2.      Perkara sebelum menjalankan proses perawatan( inokulasi) diabaikan.
3.      Teknik yang salah.
4.      Perkara selepas menjalankan proses perawatan diabaikan.

Kempat- empat perkara diatas telah diabaikan dan sudah menjadi lumrah manusia apabila melakukan kesilapan sesuatu perlu disalahkan.  Di dalam kes kegagalan perawatan, teknologi yang dipersalahkan dan bukan diri sendiri.
Teknologi perawatan yang berasaskan nutrient atau lebih dikenali sebagai INDUCER sebenarnya adalah teknologi yang selamat digunakan bergantung kepada cara penggunaan.
Teknologi ini asalnya dibangunkan bagi  menghasilkan resin untuk pokok karas spesis Crassna dan ia telah memberikan keputusan penghasilan yang sangat bagus di Thailand dan REDCLAW juga telah membuktikan bahawa ia berhasil bagi pokok Crassna di Malaysia.
MALACCENCIS
Perkara yang disebutkan diatas memainkan peranan yang sangat besar untuk PROSES PERAWATAN yang sering diabaikan ramai orang. Pemilik  formula inducer ini juga telah melakukan beberapa inovasi terhadap formula asal untuk digunakan dan boleh diaplikasikan kepada semua spesis karas, buktinya Redclaw telah menghasilkan beberapa tahap pengeluaran resin pada pokok karas spesis Malaccencis dengan mengunakan inducer. Bahkan inducer sudah berada di Malaysia hampir 4 tahun. Sekiranya ditanya apakah produk yang terbaik untuk menghasilkan resin, jawapannya adalah INDUCER.

Dan pada pihak Redclaw tiada apa masalah teknologi daripada luar asalkan cara ia diaplikasi itu betul, apa2 formula pun sekiranya cara diaplikasinya salah akan membawa mudarat pada pokok. Dan kini teknologi inducer yang berasal daripada Thailand telah pun digunakan dibeberapa negara dan berhasil .

Untuk spesis Crassna kita tidak perlulah membuang masa menghasilkan inovasi terbaru, gunakan sahaja produk yang memang berkesan dan untuk Malaccencis teruslah mencuba menghasilkan yang terbaik melalui RND yang berjaya dan bukannya menjual produk yang masih belum DIBUKTIKAN hasilnya. Bagi Redclaw, sehebat mana pun INOVASI produk perawatan tetapi salah cara APLIKASINYA, itu adalah produk yang gagal.
Berhentilah daripada terus memusnahkan impian orang yang kurang berkemampuan dengan produk2 yang gagal…
INOVASI YANG MANTAP PERLU DIAPLIKASIKAN DENGAN CARA YANG BETUL.



REDCLAW- MASIH MENANTI PERMIT UNTUK PEMBUKTIAN FORMULA Y, SUDAH CUKUP TEMPOH UNTUK TEBANG.

 

This entry was posted in