DAPUR PENYULINGAN |
Dapur
penyulingan dan kewajaran untuk memilikinya, tentu ramai dah sedia maklum
bahawa minyak gaharu mempunyai nilai yang tinggi, berharga dari
RM2+,+++.00/liter sehingga RM4+,+++.00/liter , tentunya ramai yang berminat
untuk suling minyak gaharu apabila mengetahui akan hasilnya.
Akan tetapi,
PERLU atau TIDAK untuk memiliki dapur penyulingan, pada tahun 2009 , harga
dapur penyulingan mengikut pengalaman Redclaw adalah diantara RM 3000.00- RM
4000.00 bagi yang ‘second hand’ dan RM 7000.00 untuk dapur baru bagi kapasiti
penyulingan untuk 25kg/pot. Dan terdapat juga yang lebih mahal daripada yang
dinyatakan dan dengan kapasiti yang lebih besar. Dan kini
untuk sebuah dapur penyulingan , harganya telah mencecah sehingga RM13 000 yang
mana lebih tinggi mengikut harga pasaran semasa dan dengan kapasiti 50kg. dan
terdapat beratus- ratus jenis dapur penyulingan yang terdapat dipasaran
sekarang dan harganya memang berada diluar kemampuan untuk dimiliki oleh
petani-petani luar bandar.
DiMalaysia
sendiri terdapat ‘otai’ atau ‘orang lama’ yang sangat berpengalaman dalam
menghasilkan minyak gaharu puluhan tahun, dan mampu menghasilkan berliter-liter
minyak pada satu-satu masa. Oleh itu tidak perlulah untuk membuang masa
menghasilkan minyak gaharu sekiranya tanaman gaharu berskala kecil. Jualkan
sahaja kayu tersebut pada dapur-dapur yang memasak minyak gaharu.
Bagi yang
menanam pada skala kecil , tidaklah perlu sekiranya hendak membeli dapur
penyulingan ,terutama pada penanam luar bandar, gunakanlah wang itu untuk menanam
lebih banyak dan dapatkan hasil yang terbaik dengan kaedah yang terbaik.
Minyak
gaharu Malaccencis, minyak gaharu Crassna? Yang manakah lebih baik?- persoalan
ini tidak perlu dijawab sekiranya tidak terlibat untuk penyulingan minyak,
hanya yang menyuling minyak sahaja yang mampu menjawab persoalan ini kerana
mereka lebih tahu pasarannya.
Post a Comment