SEMINAR GAHARU 1 MALAYSIA 11/12/2012

Pada 11/12/2012 MTIB telah menganjurkan Seminar gaharu 1 Malaysia bertempat di Hotel Legend,Putra. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Hamzah Zainudin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi dan di ikuti dengan pembentangan mengenai Polisi dan Akta Antarabangsa Cites-Intesa oleh Encik Zahari daripada Bahagian Penguatkuasaan MTIB.

Pembentangan ini menjelaskan betapa perlunya mempelajari dan memahami undang2 yang membabitkan pengkomersilan spesis2 terancam.

Penggubalan akta telah dibuat berdasarkan KONVENSYEN TENTANG PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES FAUNA DAN FLORA LIIAR TERANCAM(CITES) yang ditandatangani di Washington DC pada 3 Mac 1973.
Akta ini telah dinomborkan sebagai Akta 686 ,diwartakan pada 14 Februari 2008, dikuatkuasakan pada 28 Disember 2009 dan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Julai 2010. Ianya melibatkan 7 agensi Kerajaan Persekutuan ,Sabah ,dan Sarawak dan di Semenanjung, MTIB adalah Management Authority(MA).
Fungsi Pihak Berkuasa Pengurusan(MA) ;
  • menyenggarakan rekod perdagangan antarabangsa mengenai spesis terjadual.
  • menubuhkan Pusat Menyelamat
  • memaklumkan sebarang kesalahan perdagangan CITES yang dilakukan kepada SA .
  • mengeluarkan Permit dan Sijil CITES.
  • meminta nasihat SA dalam melaksanakan kuasa dan fungsinya
  • perlaksanaann berkaitan dengan fungsinya.
Undang2 lain yang boleh dikuatkuasakan dengan AKTA 686;
  1. Akta Perhutanan Negara 1985.
  2. Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia 1973.
  3. Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.
  4. Akta Bio Keselamatan 2008.
  5. Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004.
  6. Akta Kastam 1967.
PEMATUHAN AKTA CITES TIDAK MENGKECUALIKAN DARI PEMATUHAN UNDANG2 DIATAS YANG BERKAITAN.

PENDAFTARAN PENANAM KARAS.

  • Selaras dengan peruntukan Sekyen 16(1)(c) dan kuasa yang diperuntukan kepada Menteri dibawah Seksyen 54, Akta 686 - bagi membuat Peraturan- Peraturan Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam( PERMIT, PERATURAN , PERDAGANGAN, DAN Fi 2009).
  • Pengusaha Tanaman Karas yang mempunyai tanah sendiri atau tanah yang disewa/dipajak perlu BERDAFTAR dengan MTIB sebagai PENANAM KARAS.
  • Meliputi spesies karas yang diperolehi dalam bentuk semulajadi( benih,biji benih,anak pokok) atau yang diperolehi secara dibiakbakakan secara buatan (artificially propagated). 
SUMBER MAKLUMAT ADALAH DARIPADA PEMBENTANGAN KERTAS KERJA MTIB

This entry was posted in