REDCLAW- FRUITING SEASON

Musim untuk pokok karas berbuah kini kembali lagi, tetapi musin pada kali ini agak pelik kerana tidak semua lokasi pokok karas  di Malaysia berbunga dan berbuah, dan masih ada yang langsung tidak berbuah. Kepada sesiapa yang telah menanam pokok karas dan sekiranya pokok karas tersebut telah matang dan menghasilkan buah bermakna peluang untuk  kebolehasilan untuk biji benih sama ada untuk semaian atau untuk dijual bagi menambah pendapatan sampingan .

Pokok karas daripada spesis A.Malaccencis dan juga A.Crassna kini sudah mula berputik, ini adalah perkara yang bagus kerana tidak perlu lagi membeli pokok karas bagi yang telah menanam, yang diperlukan cuma sedikit usaha untuk menyemai biji benih tersebut.Begitu juga yang menanam lain-lain spesis pokok karas ,mungkin juga telah menghasilkan biji benih. "KEKAYAAN' yang mudah untuk didapati perlukan penghargaan yang sewajarnya dan jangan biarkan ia berlalu pergi 

Kepada yang menanam,rajin-rajinlah jenguk ke kebun ,kita tidak tahu apa yang bakal menanti disana, mungkin rezeki terpijak....renung-renungkan.

This entry was posted in