Daripada timbunan kayu yang disimpan bertahun dan kekangan masa untuk membelek keberhasilan resin yang terdapat didalam pokok karas ada tersembunyi rahsia yang sangat menarik dan berharga.
Mungkin bagi sesetengah yang tidak mengetahui cuma akan melihat bongkah kayu buruk dan reput yang tidak mempunyai nilai dan hanya layak dibuat kayu api sahaja. Sungguhpun kelihatan seperti dimakan bubuk bongkah ini tersembunyi rahsia yang hanya dapat dilihat orang yang teliti dan tahu nilainya.
Ini adalah resin karas yang telah melalui proses pengeringan "ekstrem" kayunya telah keringdan hampir hampir reput. Usia inokulasi lebih setahun dan kurang daripada 24 bulan. Resin yang dihasilkan berbau hampair seperti minyak.
Proses pengeringan seperti ini , memang mengambil masa yang sangat lama dan tidak digalakkan untuk dicuba oleh orang yang tidak sabar untuk mendapatkan hasil. Sungguhpun begitu, ia sangat memudahkan urusan melarik untuk mengeluarkan hasil resin.
Walaupun resin yang terhasil telah bertukar menjadi permukaan resin yang keras,tetapi tindakbalas haba daripada tapak tangan tetap membuatkan resin tersebut mengeluarkan aroma yang sangat lembut dan wangi. Spesis ini adalah daripada pokok karas spesis tempatan kita.
Aroma yang dikeluarkan itu membuatkan kita leka unuk melarik dan terus melarik untuk melihat hasilnya. Melarik ini memerlukan kesabaran yang sangt tinggi supaya dapat mengurangkan kerugian resin yang tersisa dan dapat mengekalkan kuantiti resin yang berkualiti.
Dan hasilnya selepas proses melarik adalah satu kepuasan yang tidak terhingga. Kesabaran memberi pulangan hasil yang tidak dijangka walaupun didalam longgokan kayu buruk ada tersembunyi rahsia. Persoalannya, kegagalan atau kejayaan, anda sendiri menentukannya.
Pages
PAGE VIEW COUNTER
Followers
Popular Posts
-
TERAS TERBENTUK PENGELUARAN RESIN SELEPAS PROSES INOKULASI Teras gaharu terbentuk apabila pokok gaharu mengeluarkan antibodi iaitu resin bag...
-
DAPUR PENYULINGAN Dapur penyulingan dan kewajaran untuk memilikinya, tentu ramai dah sedia maklum bahawa minyak gaharu mempunyai ni...
-
Pendekatan yang pihak Redclaw gunakan untuk menyampaikan maklumat yang tepat mengenai tanaman karas daripada aspek perundangan ,tanama...
-
Pokok fasa pertama telah berusia 10 bulan, tumbesaran pokok yang agak memberangsangkan dengan skala pembajaan terbaru daripada syarikat. Pe...
-
Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan resin gaharu, antaranya adalah kita boleh menggunakan mikrob,fungus atau bakteria, TETAPI dida...
-
PJ5 adalah induser penggalak penghasilan resin bagi pokok karas daripada spesis A.Malaccencis dan A.Crassna yang telah terbukti berhasi...
-
Resin diatas adalah resin ransangan yang dihasilkan daripada penggunaan BAMBOO STICK INDUCER. Resin ini dihasilkan dalam tempoh masa 14 b...
-
TAPAK SEMAIAN BIJI BENIH & ANAK POKOK STOK ANAK POKOK SEDIA ADA SEPANJANG TAHUN = 30 000 POKOK
-
ANAI -ANAI ANAI-ANAI Redclaw mempunyai beberapa rekod bergambar sebagai bukti untuk menyangkal teori-teori yang tidak relev...
-
Syarikat Redclaw Aqua And Herbs Enterprise ditubuhkan pada 12 Julai 2007. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk menceburi bidang penter...
Post a Comment