REDCLAW- PENANTIAN DAN DEBARAN


Realiti penghasilan resin daripada pokok karas bersaiz komersil, adakah ia mampu mencapai impian atau memusnahkan harapan, berapakah kilogramkah sebatang pokok karas yang berusia 6 tahun ke 10 tahun mampu hasilkan selepas 2 tahun daripada proses inokulasi.
Mengikut rekod yang Redclaw pernah hasilkan adalah minimum diantara 1 kilogram dan rekod tertinggi adalah 5.5 kilogram . Resin yang dihasilkan oleh pokok karas adalah berbeza mengikut tempat walaupun di dalam negara kita sendiri.
Teknik inokulasi yang berbeza bagi setiap lokasi, hasil resin yang berbeza pula mempunyai penerimaan pasaran yang berbeza. Berapa yakinkah kita bahawa resin yang terhasil ini mampu untuk diterima pasaran dan pasaran yang bagaimana?
Perubahan teknologi yang pantas dimasa ini telah mewujudkan pelbagai inovasi berkaitan hasil daripada pokok karas. Dahulunya resin alami mensasarkan pasaran tradisional yang majoritinya adalah pasaran Timur Tengah.
Pasaran moden adalah evolusi daripada inovasi teknologi dimana resin gaharu buatan " artificial resin " ini digunakan untuk pelbagai produk- produk kosmetik moden dan perubatan moden .
Cubaan demi cubaan telah dilakukan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk menjalankan penyelidikan mengenai resin karas ini, tidak kurang juga yang mengalami kegagalan dan kejayaan dalam usaha ini.Kini banyak pihak yang telah berjaya dalam menghasilkan resin karas sama ada menggunakan inovasi tempatan atau mengaplikasikan inovasi luar negara.




Tahun ini adalah tahun penentu bagi segala persoalan yang bermain-main diminda mengenai halatuju industri ini dimasa hadapan. Mengenai realiti pasaran dan penerimaan pasaran resin khususnya, adakah impian "menjadi jutawan gaharu" itu realiti atau fantasi.
Berapakah harga resin karas buatan  yang sebenarnya dipasaran, RM 10000.00/kg? 
RM15000.00/kg? Apakah garis panduan penetapan harga resin karas di Malaysia? Apakah persaingan pasaran yang perlu dihadapi di pasaran terbuka? Kenaikan harga?Penurunan harga?Lambakan pasaran????
Apa pun kesannya akan datang, tidak perlulah yang gagal untuk terus berputus asa dan yang berjaya teruslah membantu yang memerlukan bantuan. Tahun ini ramai yang sedang sibuk untuk menuai hasil pelaburan yang ditunggu, menebang,melarik, menunggu dan mencari pembeli untuk menjual hasil resin yang telah diperolehi. Walau apapun yang dilakukan janganlah kita membelakangkan undang-undang. Ikutlah saluran undang-undang yang betul supaya undang-undang melindungi kita.








This entry was posted in