Perkembangan teknologi inokulasi diMalaysia telah
menghasilkan beberapa jenis damar karas secara ransangan sebagai bahan
pengganti damar alami yang dihasilkan secara semulajadi berbanding damar
ransangan yang dihasilkan secara buatan tetapi menggunakan bahan yang bebas
racun dan kandungan logam berat.
Terdapat dua jenis kaedah inokulasi yang telah berjaya
diaplikasikan diMalaysia iaitu inokulasi mikrob dan juga inokulasi induser atau
juga dipanggil “inducer inducement”.
Bagi mengaplikasikan 2 kaedah ini,teknik yang berbeza-beza
perlu digunakan bergantung kepada pemboleh ubah- pemboleh ubah yang telah
dikenalpasti.
Penggunaan teknologi inokulasi berasaskan mikrob boleh
menghasilkan damar ransangan dalam tempoh 24 bulan dan keatas. Dengan teknologi
ini pokok karas akan direngsa untuk menghasilkan resin, kaedah ini menghasilkan damar ransangan
secara perlahan-lahan, TETAPI penggunaan mikrob sebagai mangkin untuk bahan
inokulan adalah agak merbahaya kerana kita tidak dapat mengawal kadar keaktifan
mikrob itu sendiri dan sekiranya gagal dikawal ianya mampu menyebabkan
kerosakan yang teruk kepada pokok karas dan juga mungkin mematikan pokok.
Penggunaan tekonologi inokulasi berasakan nutrient pula boleh
menghasilkan damar ransangan dalam tempoh minima 14 bulan dan keatas
bergantungan kepada spesis pokok karas yang diinokulasi. Melalui kaedah ini
pokok karas akan diransang untuk menghasilkan resin dengan kadar tempoh
penghasilan yang paling minimum dan penghasilan pada kadar maksimum.
Teknologi yang menjadi pilihan pada masa ini adalah
bergantung kepada betapa efisyen dan memudahkan pengguna untuk mengaplikasikan
pada pokok karas dan dengan harga yang lebih mampu untuk ditanggung oleh
pengguna. Ianya mudah ,murah dan berkesan.
Pelbagai teknologi yang memudahkan pengguna telah diwujudkan dan bergantung kepada pengguna sendiri untuk memutuskan yang mana terbaik.
Perkara yang penting yang perlu diingat adalah semua teknologi bagus yang penting adalah teknik yang sesuai untuk diaplikasikan berpandukan teknologi tersebut.
Post a Comment