REDCLAW- CUSTOMER SERVICE


Pada tarikh 24/11/2012 juga setelah pulang daripada membuat evaluasi di selatan tanah air, Redclaw menerima lawatan daripada beberapa belia yang sangat berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai undang- undang untuk penanaman pokok karas, dan keberhasilan serta pasaran.
Beberapa dokumen telah ditunjukkan mengenai tanaman karas daripada sudut perundangan di Malaysia, bermacam cerita telah dikongsi pada hari yang sama dalam dua situasi tetapi mempunyai pernyataan yang sama, rata-rata penanam telah diberitahu oleh pembekal/ entiti yang terlibat didalam industri penanaman karas ini mengenai maklumat yang tidak tepat, Redclaw telah perbetulkan maklumat2 yang pernah disampai oleh pihak2 tersebut dengan menunjukkan beberapa bukti dan ini telah meyakinkan belia2 tersebut mengenai perkara sebenar. Berapa ramai lagikah yang telah menjadi mangsa kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab diluar sana, yang telah membelakangkan undang2, tindakan yang tidak bertanggungjawab ini bakal melibatkan penanam/pengusaha/petani terlibat dengan masalah di masa hadapan.


This entry was posted in