Pada tarikh 24/11/2012 Redclaw telah membuat lawatan ke selatan tanah air diatas permintaan pengusaha yang telah menanam pokok karas, tanaman tersebut adalah daripada spesis crassna dan telah ditanam selama setahun setengah. Pokok karas tersebut telah telah ditanam diantara tanaman getah, akan tetapi pada usia setahun setengah saiz pokok adalah terlalu kecil.
Untuk menanam pokok karas, disiplin yang tinggi amat diperlukan, ia bermula dengan menetapkan kesesuaian atau kehendak pengusaha mengenai apakah hasil akhir yang hendak diperolehi bagi mendapatkan hasil pelaburan selama 6 tahun.
Setelah matlamat hasil ditetapkan barulah mula menanam, menjadualkan pembajaan sebaik2nya untuk mendapat spesifikasi pokok yang sesuai untuk diinokulasi pada tahun ke-empat. Menanam pokok karas ini adalah tidak semudah yang disangka.
Ianya memerlukan disiplin yang tinggi. Sekiranya perkara ini gagal dipatuhi, Tanaman karas ini akan menjadi tanaman yang tidak bernilai dan sia-sia.
Kepada penanam2 yang baru menanam atau yang baru hendak bermula, dapatkan anak pokok karas daripada sumber yang berdaftar supaya memudahkan anda untuk mendaftarkan penanaman pokok karas anda kemudian hari bagi mengelakkan masalah berbangkit.
Post a Comment