REDCLAW- DARE TO FAIL

KEGAGALAN TEKNIK 1









 Berani untuk gagal dalam beberapa percubaan Redclaw dalam mengaplikasikan beberapa formula perawatan sebelum ini telah membuktikan kesanggupan pihak Redclaw untuk mengenalpasti apakah inovasi perawatan yang terbaik untuk para petani dibawah naungan Redclaw dan ini adalah beberapa rekod sejarah kegagalan yang perlu dikongsikan supaya dapat dinilai secara umum dimana silapnya, adakah berpunca daripada inovasi formula , teknik atau perkara-perkara lain, sila tentukan sendiri.
KEGAGALAN TEKNIK 2
Bermula pada sekitar tahun 2008, Redclaw telah mengkaji satu teknologi daripada Thailand yang berasaskan nutrien, pada waktu itu inivasi berasakan mikrob/fusarium telah mulai gagal satu demi satu dan ada yang menyebabkan pokok mati, atau langsung tidak berkesan.






 Ianya adalah disebabkan beberapa perkara yang telah diabaikan sewaktu menjalankan proses perawatan dan ianya sangat berkait dengan beberapa pemboleh ubah yang lain. Akibat daripada itu kesannya, pokok telah mereput, patah dan ada yang mati.
HASIL LARIK BATANG






Akan tetapi Allah itu Maha Kaya, didalam kegagalan yang dialami pada ketika itu ditunjukkan sedikit kejayaan yang membuatkan pihak Redclaw berfikir dan perubahan daripada itu telah berjaya diaplikasikan sampai kehari ini.
Ternyata ada beberapa perkara bukan mudah seperti yang diperkatakan oleh beberapa pihak sehingga dibuktikan keberhasilannya. Biarlah gambar ini berbicara ..

HASIL LARIK KEPING
REKOD INI DICATATKAN PADA AWAL 2008, DITEBANG PADA 7 AUGUST 2010 DAN DILARIK UNTUK MELIHAT KEBERHASILAN PADA 20 OKTOBER 2010.





This entry was posted in