REDCLAW- HARVESTING ( PLOT TEST)

Pada tanggal 23 Februari 2013, pihak Redclaw telah ke Pahang untuk menebang pokok didalam plot test yang telah diinokulasi pada tahun 2009 , lokasi pokok yang terletak didalam kebun getah milik orang kampung yang sangat rajin membaja sehingga pokok getahnya kini gampir sama besar dengan pokok karas yang diinokulasi pada beberapa tahun dahulu.


Pokok diperiksa untuk melihat perkembangan resin didalam pokok dan pemilihan pokok yang sesuai adalah amat perlu untuk memgelakkan penebangan yang sia- sia.


Pokok yang telah dipilih adalah pokok yang paling kecil diantara pokok- pokok lain yg telah diinokulasi. Pokok ini telah dinokulasi dengan formulasi berasaskan nutrien.

 

Setelah dipotong untuk melihat hasilnya, pembentukan resin adalah amat ketara dan tidak merosakkan struktur pokok dan ini telah mengesahkan beberapa perkara dan mewujudkan beberapa perkara lagi yang membuktikan mitos- mitos sebelum ini.


Semestinya daripada Spesis Malaccencis, pokok ini mempunyai kadar metabolik yang sangat aktif kerana mampu membesar pada kadar 4 cm (ukur lilit) setahun, dan ini mampu dimanfaatkan dengan baik dengan kaedah tertentu bagi memaksimumkan hasil selepas penebangan.


Inn Shaa Allah dengan teknologi terbaru dalam penghasilan resin karas ini , lebih ramai yang mendapat manfaat dengan penggunaan kaedah ,teknik dan pengawalan pemboleh ubah yang betul, ini kerana banyak aspek yang kelihatan remeh temeh diabaikan oleh ramai orang sedangkan aspek ini sebenarnya yang memberi kesan pada penghasilan akhir nanti.

This entry was posted in