REDCLAW- PJ 5 INDUCER ON THE GO

Tarikh ditanam adalah pada 5 Julai 2009, spesis yang ditanam adalah daripada spesis Aquilaria Crassna. Lokasi penanaman adalah di Tanjung Malim dan telah didaftarkan kepada MTIB dan masih lagi didalam proses AUDIT.
Untuk maklumat kepada yang baru menanam, sila pastikan pokok yang ditanam berdaftar dengan Management Authority iaitu MTIB( Malaysia Timber Industry Board) bagi memudahkan proses selepas tuaian nanti atau kuota tidak akan dikeluarkan bagi yang tidak mendaftar.

Pada 30 March 2013 sebanyak 30 batang pokok telah mencapai ukurlilit yang sesuai untuk diinokulasi. Memandangkan pokok yang ditanam adalah spesis Crassna teknologi inokulasi yang digunakan adalah INDUCER iaitu formula yang berasaskan nutrien, bertujuan untuk merangsang pokok untuk menghasilkan resin. Untuk pokok Crassna, inducer telah berjaya membuktikan penghasilan resin yang berkualiti dan telah diterima pasaran, teknologi ini telah dinovasikan oleh seorang pelopor industri gaharu di Thailand iaitu En. Witsawa Sripekla.
Sama ada teknologi yang digunakan adalah dalam bentuk cecair atau dalam bentuk produk D.I.Y ( Do It Yourself) teknologi inducer ini telah melalui beberapa fasa perubahan untuk memastikan kerberhasilan resin pada pokok adalah pada kadar yang terbaik, berkualiti dan bebas racun.   
  
                                          
Manfaatkan setiap cabang yang tumbuh yang berbaloi untuk dinokulasi . Dahulu , mungkin cabang- cabang yang tumbuh ini dipangkas tetapi bagi pasukan DRILLER kami semuanya boleh memberikan hasil, setiap bahagian pokok menghasilkan resin yang pelbagai gred, tetapi dibahagian mana yang terbaik?

Bagi spesis Crassna , memilih saiz pokok yang sesuai, menjalankan inokulasi dan dituai pada waktu yang sesuai adalah amat dinanti oleh setiap penanam.


Keberhasilan resin mneggunakan inducer dapat dilihat seawal 2 bulan ke 4 bulan daripada tempoh inokulasi. Pemilihan teknologi akan menentukan pasaran selepas 14 bulan sehingga 18 bulan tuaian, ditambah lagi tempoh MEDITASI selepas penebangan diantara 30 hari ke 60 hari bergantung kepada keadaan.




This entry was posted in