Pokok gaharu atau Aquilaria malaccensis merupakan satu tanaman yang sudah lama diketahui khasiatnya dan digunakan sejak zaman berzaman lagi. Sehingga kini, ia masih giat diaplikasikan dalam penghasilan minyak wangi, haruman dan perubatan serta memiliki harga tinggi di pasaran.
Sebelum ini, gaharu tumbuh secara meliar di hutan dan hanya diburu oleh individu yang mengetahui nilai dan manfaat resin atau damarnya. Peningkatan permintaan tinggi di pasaran menyaksikan harga tanaman itu melonjak ke satu angka luar biasa.
Situasi itu menyebabkan tumbuhan tersebut mula ditebang secara rakus sehingga ia dikelaskan oleh Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Terancam (Cites) sebagai tumbuhan terancam dan mempunyai risiko kepupusan serius.
Bagaimana pun, kajian yang dilakukan oleh Dr Richard Blanchart pada 2007 menyaksikan minat terhadap tanaman gaharu semakin meningkat dalam kalangan penduduk di negara ini. Penemuan itu membolehkan pembentukan resin dirangsang dengan menggunakan fungus Furasium. KLIK UNTUK LEBIH MAKLUMAT
Post a Comment