REDCLAW- AKTA 686 DAN KEPERLUAN MEMATUHI



Sekarang mari fahami apa itu akta 686:

           Pokok karas telah tertakluk di dalam CITES Bahagian II.
          Sebarang transaksi eksport memerlukan Sijil CITES.
   Penanaman pokok karas perlu bagi memenuhi permintaan tinggi yang telah menyebabkan    kekurangan bekalan hasil hutan .
        Quota eksport gaharu di Malaysia yang telah di tetapkan oleh CITES         ialah 200 tan/tahun.       Tahun 2011 Malaysia hanya mampu         mengeksport 16 tan sahaja.
         Penanaman secara komersial (perladangan) diperlukan bagi         memenuhi permintaan pasaran &   Malaysia mampu keluar dari             CITES.
         Di Malaysia gaharu tertakluk di bawah AKTA 686 yang dikuatkuasakan oleh MTIB
(MALAYSIA TIMBER INDUSTRY BOARD) yang dilantik selaku Management Authority( MA).

 Disini adalah sebahagian daripada apa yang termaktub dalam AKTA 686 yang kebarangkalian tidak diketahui oleh orang ramai:

 Import dan eksport 


  • Mana-mana orang yang mengimport atau mengeksport mana-mana
spesies terjadual tanpa permit melakukan suatu kesalahan
dan boleh, apabila disabitkan-
(a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak
melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan,
tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau
terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu
tetapi denda itu tidak boleh melebihi satu juta ringgit
pada agregatnya, atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

  • 2) Mana-mana pemunya, pengimport, pengeksport atau
              pengeksport semula yang melanggar subseksyen (I) melakukan suatu
  kesalahan dan boleh, apabila disabitkan-

(a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak
melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan,
tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan
haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu
tidak boleh melebihi satu juta ringgit pada agregatnya, atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau
kedua-duanya;

(b) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda
tidak melebihi dua ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan,
tumbuhan, atau bahagian yang tnudah dikenali atau terbitan
haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu
tidak boleh melebihi dua juta ringgit pada agregatnya.

 Bagaimana? 

Seluruh  Malaysia sekarang  telah  menanam spesis luar daripada Malaysia iaitu spesis crassna, ini kerana spesis tempatan bernama malaccencis sebenarnya setiap spesis ini perlu didapatkan daripada pembekal yang berdaftar baik untuk spesis import atau tempatan.
 
Terdapat juga spesis lain yang ditanam secara komersial iaitu spesis sinensis, hirta( spesis yang hampir pupus). Takutkan bila melihat akta ini dan mesti kamu terfikir sekarang ni-
 
“ adakah  apa yang aku  buat ini betul?”    atau     “ macamana aku nak buat ni?”

Persoalannya apakah itu pembekal berdaftar?

Pembekal berdaftar adalah pembekal yang telah mendapat permit daripada MTIB.

 
Atau yang mempunyai PERMIT IMPORT untuk biji benih dan SIJIL PHYTOSANITASI , atau kedua-duanya, ini adalah bukti mereka adalah pembekal yang sah…dan sekiranya anda mendapatkan benih pokok daripada pengedar yang sah maka tidak perlulah anda takut dengan akta ni kerana anda telah mendapat perlindungan akta secara tidak langsung, ini kerana individu atau syarikat yang mempunyai permit2 ini telah memberi jaminan kepada anda.

 Biasanya anak2 pokok karas yang berdaftar/permit ini tidak semurah daripada anak pokok karas yang membanjiri pasaran sekarang yang boleh didapati dengan harga RM3 ke RM 5 sepokok, dan tiada apa2 jaminan sekiranya anda membeli dan menanam.

Berbeza dengan anak pokok yang berdaftar/berpermit agak mahal iaitu dalam lingkungan harga daripada RM20 sehingga RM38 sepokok, dan pembekal/syarikat akan bertanggungjawab keatas setiap pokok yang dijual kerana memberikan jaminan untuk setiap pokok.

Jaminan yang dimaksudkan adalah daripada pendaftaran pokok atau perkhidmatan selepas menanam           ( definisi mengikut pembekal/syarikat).Sekiranya pembekal/syarikat  memberikan perkhidmatan ini, bolehlah berurusan kerana semua rekod penanam akan didaftarkan kepada MTIB.  

UNTUK SEGALA MAKLUMAT LENGKAP SILALAH RUJUK  MTIB




This entry was posted in