REDCLAW- PENDEDAHAN- KEGAGALAN TEKNOLOGI

 

POISON MUD




Ini adalah salah satu teknik yang digunakan sebelum ini untuk menghasilkan kayu minyak, teknik ini memang sgt berkesan akan tetapi teknik ini menggunakan campuran racun, teknik ini kebanyakkanya digunakan oleh “ hunter” kemboja. Kaedah yang digunakan ialah campuran racun, garam dan gula merah, diadun bersama dengan tanah, kemudian di tebuk beberapa lubang pada pokok mengunakan kapak kecil bergantung pada saiz pokok dan adunan ini disumbat masuk, dan ditutup dengan tanah.
Selalunya pokok – pokok besar yang akan menjadi sasaran pihak ini, ini juga adalah penemuan oleh Redclaw kerana kejadian ini berlaku pada pokok yang dimiliki oleh Redclaw, ini telah mencemarkan serta merta kandungan resin asal didalam pokok.
Diharap pendedahan demi pendedahan oleh Redclaw ini diambil sebagai iktibar dan jangan ditiru semata2 untuk mendapat hasil yang cepat.



 Kita imbas kembali 4 tahun kebelakang dimana pada tahun tersebut banyak teknologi yang dibawa masuk dari Thailand,kemboja, dan Vietnam menemui kegagalan kerana faktor teknologi itu sendiri dan juga teknik aplikasi yang digunakan pada pokok –pokok di Malaysia.

Kesan yang berlaku ialah pokok mereput,mati ,patah, terbelah atau tiada apa2 kesan . Beberapa faktor yang dikaji dan berdasarkan penemuan yang redclaw rekodkan adalah diantaranya adalah daripada penggunaan mikrob untuk teknologi inokulan dan racun untuk proses ‘molasses’. Pasti ramai yang tertanya2 apa itu MOLASES.

WRONG TECHNIQUE
Disini Redclaw akan memberi penerangan daripada penggunaan teknologi mikrob itu sendiri, antara aspek yang dilupakan ramai orang atau yang tidak diketahui langsung kerana nak mengejar hasil dengan cepat.

Teknologi mikrob adalah teknologi penggunaan fusarium atau fungus yang dibiakkan dalam jumlah tertentu bagi tujuan memasukkan fungus itu atau menjangkitkan fungus itu kedalam pokok bagi tujuan menyakitkan/merengsakan pokok untuk menghasilkan resin/damar gaharu.
Kesilapan yang dilakukan oleh orang Malaysia adalah tidak mengukur kadar kekuatan mikrob dan sifat aktif dan tidak aktif mikrob tersebut daripada beberapa sudut, mungkin kamu tertanya2 daripada sudut apa yang Redclaw maksudkan, nantikan pendedahan ini dimana Redclaw akan membuat pendedahan terbuka.

Molases pula adalah teknik sapuan daripada luar, terdapat beberapa molasses yang bagus digunakan iaitu molases yang tidak mengandungi racun. Redclaw dapat merasakan yang rami tertanya2 juga apa kaitan kedua2 teknik ini.
Ini adalah jawapan salah satu daripadanya, teknik molasses dan teknik inokulan biasanya dilakukan berpasangan, pakej untuk menghasilkan resin dan kayu minyak. Kesilapan yang dilakukan adalah campuran molasses yang disapu pada permulaan kayu luar yang dsiat kulit keseluruhannya dan teknik sapuan dan kaedah takikan pada batang yang salah, molasses yang salah( campuran racun).

MOLASES TECHNIQUE
Sesiapa yang masih menggunakan teknik ini sehingga sekarang juga berfikir dengan cara yang salah. Setelah dijangkitkan kedalam batang pokok fungus untuk menyakitkan/ merengsa pokok untuk menghasilkan resin, kaedah sapuan racun juga digunakan daripada luar adakah logic bagi pokok untuk menghasilkan kedua2nya pada masa yang sama?




Sila fikir2kan…









 Rekod bergambar ini adalah buktinya kerana Redclaw juga pernah menjadi mangsa teknologi.

WRONG TECHNIQUE

EFFECT AFTER TWO COMBINATION

AFTER FEW MONTH
Namun pada hari ini banyak teknologi daripada luar dan daripada dalam Negara kita ini dah ada yang bagus dan berkesan untuk digunakan sama ada untuk menghasilkan resin atau menghasilkan kayu minyak, Cuma bergantung pada kita sahaja untuk mencari dan memilih serta menilai.

Teknologi yang dahulunya tidak bagus juga dah pun berubah menjadi lebih baik. Semua orang juga ada yang belajar daripada kesilapan ,masih belajar dan ada juga yang tidak belajar langsung dan tidak berubah daripada melakukan kesilapan, atas apa pun alasan semuanya bergantung pada diri sendiri.

Untuk maklumat rekod bergambar ini adalah hak milik Redclaw dan situasi ni berlaku pada awal tahun 2009.




This entry was posted in