REDCLAW- POP QUIZZZ!!!





Situasi 1

Ali menanam 1000 batang pokok karas daripada spesis Crassna dan Abu menanam 1000 batang pokok karas daripada spesis Malaccencis,selepas 4 tahun Ali dan Abu melakukan proses perawatan menggunakan formula Y pada 200 pokok. Pada tahun ke-5 mereka berdua telah menebang 200 pokok dan menghasilkan minyak daripada penyulingan pokok2 tersebut. Ali dan Abu cuba menjual pada seorang pembeli daripada TIMUR TENGAH dan mereka berdua telah mengeluarkan minyak terbaik mereka.

Pembeli dari TIMUR TENGAH telah membeli minyak daripada Abu dan Ali berasa sangat hairan kenapa pembeli tersebut tidak membeli minyak yang dihasilkan olehnya sedangkan mereka menggunakan formula yang sama untuk menghasilkan kayu berkualiti tinggi.


Persoalannya, kenapa pembeli tersebut tidak membeli minyak yang dihasilkan oleh Ali?

Jawapan 

Timur Tengah adalah merupakan pasaran traditional turun temurun yang hanya menerima produk minyak daripada spesis Malaccencis, dan bagi minyak daripada spesis lain mereka masih belum bersedia lagi untuk menerimanya. Dan hanya beberapa gred minyak daripada spesis Cassna yang diterima oleh mereka iaitu ‘minyak tua’- apa itu MINYAK TUA? Nantikan pendedahannya….

Situasi 2.

Ali dan Abu telah menjalankan perawatan bagi baki-baki pokok yang tinggal, Ali masih menggunakan formula Y dan Abu telah menggunakan formula X,selepas 2 tahun mereka telah menebang pokok-pokok tersebut resin yang terhasil dibersihkan dan sedia untuk dijual. Mereka telah berjumpa pembeli yang sama,masing –masing menunjukkan resin terbaik iaitu RESIN GRED A untuk CRASSNA dan RESIN GRED A untuk MALACCENCIS.

Pembeli tersebut telah membeli resin yang dihasilkan oleh Ali dan menolak untuk membeli resin daripada Abu. Akan tetapi kenapa ini berlaku sedangkan pembeli yang sama telah membeli minyak yang dihasilkan oleh Abu?

Ini adalah kerana Abu telah menggunakan formula yang mengandungi racun untuk menghasilkan resin pada pokok Malaccencis dengan kadar yang cepat kerana spesis ini mengambil masa lebih dari 2 tahun untuk menghasilkan resin gred tinggi, dalam situasi ini Abu adalah seorang yang tamak.
Manakala Ali masih menggunakan formula yang sama kerana spesis Crassna tidak memerlukan tempoh yang lama untuk menghasilkan resin gred tinggi.

Persoalan –

Apakah itu formula Y?

This entry was posted in