REDCLAW- PENDEKATAN MAKLUMAT


Pendekatan yang pihak Redclaw gunakan untuk menyampaikan maklumat yang tepat mengenai tanaman karas daripada aspek perundangan ,tanaman ,perawatan dan tuaian serta disiplin ketika menanam ialah dengan turun padang bersama dengan orang2 kampung.

Redclaw memberi taklimat beserta fakta-fakta dan menunjukkan relevan dalam penghasilan resin karas dalam bentuk bukti yang konkrit. Pendekatan ini membuka mata ramai warga luar bandar mengenai pemahaman sebenar apa itu karas dan nilai komersilnya sekiranya diusahakan bersungguh-sungguh.
Aspek2 yang perlu dititik beratkan sebenarnya bermula daripada tempoh mula menanam, pengawalan pembajaan, pengawalan tanaman ( pruning ),proses perwatan(menghasilkan resin), penjagaan selepas perawatan, penebangan dan proses pengeluaran hasil. 

Taklimat ini telah membuka mata ramai pihak mengenai apa itu sebenarnya karas dan nilai komersilnya. Bagi penduduk luar bandar mereka amat berbesar hati kerana Redclaw telah memberikan perkhidmatan seperti ini. Bagi mereka maklumat yang disampaikan melalui fakta dan bukti konkrit lebih tepat berbanding apa yang boleh diperolehi daripada akhbar- akhbar.





Penduduk kampung juga pernah menceritakan pengalaman bahawa mereka pernah ditipu, dan dijanji pulangan yang tinggi sekiranya menanam karas, tetapi tiada pembuktian sebarang keberhasilan  dan  fakta yang  tepat  yang mereka dapat mengenai tanaman karas itu sendiri.

  

Pihak Redclaw sangat mengesali apa yang berlaku kerana banyak pihak yang cuba mengambil kesempatan keatas orang kampung diatas kenaifan mereka. Perkara seperti ini tidak patut dibiarkan berlarutan lagi. Diharap pihak2 berkenaan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka2 yang mengambil kesempatan ini. Apa yang menggembirakan adalah penyertaan golongan muda dalam usaha ini..

KITA TIDAK PERLU MENJUAL JANJI, KITA CUMA PERLU MENUNJUKKAN BUKTI.

This entry was posted in