GAHARU ASLI(AGM) |
Soalan yang
yang ingin ditanya pada penanam, mampukah anda menembusi pasaran resin traditional
yang memang sudah turun temurun wujud didunia ini atau memfokus pada penerokaan
pasaran baru yang lebih moden.
MINYAK MALACCENCIS(AGM) |
Tunjukkan
bukti berapa banyak resin gaharu ‘cultivated’ yang telah menembusi pasaran
tradisi( arab). Di negara kita masih tiada rekod eksport yang berdaftar
mengenai eksport resin cultivated ke negara-negara tersebut.
CULTIVATED(W.S) |
Resin ‘cultivated’
sama ada daripada spesis Crassna atau Malaccencis yang mana kedua-duanya lebih
mudah diterima pasaran hanya mendapat penawaran daripada pasaran moden. Apa itu
pasaran moden, Redclaw akan huraikan lebih lanjut nanti.
Cuma
masyarakat kita ini menjadi terlalu jumud kerana mudah terpengaruh dengan
fakta- fakta yang tidak berasas yang disebarkan oleh individu- individu yang
tidak bertanggungjawab hanya kerana untuk mengaut untung.
Thailand
adalah negara yang telah lama berada dalam industri cultivated juga masih gagal
untuk menembusi pasaran tradisional(arab) sepenuhnya kerana permintaan daripada
pasaran arab hanya memfokus kepada penghasilan resin alami(semulajadi).
RESIN ALAMI(AGM) |
Kegagalan masyarakat
kita dalam mendapatkan maklumat yang tepat akan menjadi punca kegagalan
terhadap industri dimasa hadapan.
Akan tetapi
masih ramai yang menerima maklumat daripada saluran yang tidak tepat sama ada
daripada individu atau syarikat daripada mendapatkan maklumat pengesahan yang
sepatutnya daripada agensi yang sepatutnya. KLIK DISINI
Antara pernyataan
yang sangat popular digunakan untuk meyakinkan orang ramai khususnya masyarakat
luar bandar ialah-
‘spesis ini
bagus, lebih cepat membesar daripada spesis kita, tanam je DULU’- tidak
dicerita mengenai prosedur penanaman yang sah.
‘pak cik
lepas tanam ni boleh buat dapur untuk masak minyak,guna formula ni masa injek
pokok, mesti banyak minyak..’- tidak menjelaskan mengenai kewajaran untuk
memiliki dapur penyulingan, formula yang diperkenalkan mengandungi racun.
‘pak cik
tanam ,nanti dah besar saya beli sebatang RM5000.00’- langsung tidak
menceritakan apa yang perlu hanya maklumat tergantung. Penawaran yag merepek.
Ini sebenarnya adalah realiti yang berlaku dan diceritakan sendiri oleh orang yang mengalami kepada pihak Redclaw.Bagi Redclaw ini cuma janji2 kosong yang ditaburi semata- mata untuk mendapatkan untung. Sekiranya melakukan sesuatu tunjukkan bukti daripada menyebarkan AUTA berbanding FAKTA.
USAHLAH MENYIMPAN IMPIAN YANG TINGGI JIKA PADA WAKTU MENANAM KITA TIDAK MENGGUNAKAN SALURAN YANG BETUL.
Post a Comment