REDCLAW-PENGGUNAAN RACUN(KAYU RACUN)



Diantara maklumat yang dapat Redclaw rekodkan adalah penggunaan racun untuk menghasilkan kayu bagi tujuan memasak minyak. Ini adalah dapatan Redclaw ketika dipanggil untuk melakukan ‘survey’ dan untuk memperbaiki kerosakan pada pokok karas yang telah dilakukan oleh individu terdahulu.

Malang sekali apabila pihak Redclaw sampai di tapak milik Tuan tanah, terkejutnya bukan alang kepalang, pihak Redclaw telah menjumpai teknik yang sama pernah digunakan diatas tapak karas Redclaw 100% sama .



Dan untuk mengesahkan ianya racun ada beberapa cara, daripada segi visual ,kayu/pokok yang disapu racun akan kelihatan kehijauan(hijau gelap) ketika disisip daripada pokok dan berwarna coklat berkilat bila dikeringkan serta berbau lembut yang manis.
KAYU RACUN
Daripada segi rasa tidaklah berani bagi pihak Redclaw mencubanya.Disini ada beberapa contoh kayu racun yang dapat Redclaw ambil sebagai pembelajaran sesiapa sahaja yang berminat.

KAYU RACUN KERING
KAYU RACUN KERING
KAYU RACUN
KAYU RACUN KERING
Kayu racun lebih sukar untuk dibezakan dengan kayu yang tidak mempunyai racun selepas ia kering.

Adalah disarankan supaya jangan membabitkan diri dengan penggunaan teknologi perawatan berasaskan racun.

Terima kasih kerana sudi membaca dan panjangkanlah maklumat ini kepada orang ramai supaya berhati2. Elakkan daripada mengulangi kesilapan lampau hanya kerana ingin mengaut keuntungan berganda.


JANGAN SAMPAI NANTI YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN.    

This entry was posted in