REDCLAW- FENOMENA



Penghasilan resin untuk pokok liar yang tumbuh diatas tanah milik persendirian atau pokok yang tumbuh berdekatan dengan hutan simpan kerap kali menjadi mangsa untuk tujuan R&D  bagi menguji pelbagai produk inokulan yang dihasilkan sama ada oleh PROFESOR daripada sebuah badan tertentu atau dihasilkan oleh INDIVIDU-INDIVIDU tertentu.
Kegagalan demi kegagalan yang dilalui pada waktu itu( 3 ke 4 tahun dahulu)telah memberi pengajaran kepada banyak pihak, dan yang menjadi mangsa bagi kajian yang tidak mendapat pulangan ini adalah daripada pihak orang kampung.
Teknik – teknik yang kerap dijumpai sewaktu perjalanan Redclaw bermacam-macam rupa, daripada pokok berkulit, pokok tidak berkulit, pokok berbentuk kulit nenas, pokok yang digerudi dengan gerudi bersaiz terlalu besar bagi pokok kecil, pokok seperti landak dan kepelbagaian teknik yang telah merosakkan kebanyakkan pokok,satu khazanah alam yang amat sukar didapati tetapi menjadi mangsa kajian yang tidak berbaloi.
Akibat daripada itu pokok menjadi rosak dan mati, namun pihak yang menjalankan kajian hilang begitu sahaja. Cerita- cerita sedih ini telah banyak diceritakan oleh penduduk kampung kepada pihak Redclaw dan kebanyakkan berlaku di Melaka , Negeri Sembilan dan Pahang.

WITSAWA 1
Pada waktu itu langsung tiada teknologi yang berjaya, namun disebabkan sikap orang kampung yang mudah percaya dengan dakwaan yang melampau bahawa ianya mampu menghasilkan pulangan beribu-ribu bahkan ada yang berjuta maka dengan rela ianya diberikan untuk dirosakkan begitu sahaja.

  







WITSAWA 2
Modal bagi pihak-pihak yang menjalankan RnD yang tidak bertanggungjawab ini adalah dengan menggunakan hasil daripada teknologi luar yang belum tentu dapat dibuktikan kejayaannya dinegara kita, ada juga yang menggunakan hasil luar untuk menunjukkan bahawa formula yang dihasilkan oleh individu/orgnisasi itu telah berjaya. Kesinambungan daripada fenomena ini maka terhasillah beratus-ratus produk inokulan dan menjadi satu kegilaan diwaktu itu, orang ramai berlumba-lumba untuk mendapatkan kepelbagaian jenis produk inokulan tersebut dengan harapan dapat menuai hasil yang beribu- ribu selepas 2 tahun. Antara gambar yang digunakan untuk meyakinan orang kampung adalah seperti didalam post ini.
Namun selepas 2 tahun semuanya senyap menyepi, hilang tanpa dapat dikesan,ramai yang mengalami kegagalan. Pada waktu itu ramai yang hilang kepercayaan pada penghasilan gaharu dan ianya telah gagal untuk muncul sebagai industri. Untuk pengetahuan pihak R Redclaw juga telah mengalami kegagalan yang sama. 

Tetapi bagi pihak Redclaw ,RnD dilakukan pada plot sendiri oleh itu tidak perlu bagi Redclaw untuk berundur daripada industri.

WITSAWA 3
Kegagalan bukan bermakna kita perlu berhenti, terdapat beberapa lagi individu /organisasi yang terus menjalankan kajian berterusan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bagus dan baik untuk semua pihak dimana kini Redclaw telah mempunyai kemampuan untuk menghasilkan apa yang mampu dihasilkan oleh pelopor industri ini diperingkat antarabangsa.
Kini industri ini telah kembali pulih sedikit demi sedikit dinegara ini dan ramai orang telah kembali yakin dan mereka telah mengubah kearah penanaman pokok karas secara komersil, sama ada secara kecil-kecilan atau secara besar-besaran.
WITSAWA 4

Kepelbagaian produk telah berjaya dihasilkan sama ada untuk pasaran tempatan mahupun pasaran antarabangsa. Kini pandangan antarabangsa telah bertukar kepada Malaysia untuk kejayaan dalam industri karas/gaharu komersil. Evolusi industri gaharu di Malaysia telah membuka mata pelbagai pihak dan telah melahirkan jutawan-jutawan gaharu yang berjaya dan dikenali dunia. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada yang telah berjaya kerana telah mengharumkan nama Malaysia. Kini industri gaharu telah mekar sekali lagi dan diberi nafas baru. Kepada yang masih berjuang teruskan berjuang dan marilah bersama-sama kita majukan industri ini.
 
WITSAWA 5
Akan tetapi sampai bilakah kegembiraan ini akan berkekalan sekiranya dikuatkuasakan AKTA 686 , pihak manakah yang akan menerima natijah daripada perbuatan pihak lain, kita nantikan.

This entry was posted in